Wednesday, April 29, 2009

merah puteh


ok. di mana perlu aku mula.

sejujurnya, aku bukanlah jenis yang suka melayan cerita melayu. namun ada pihak2 yang berkecuali. kalau filem, aku hanya akan tengok cerita arahan yasmin ahmad dan afdlin shauki. dan mungkin juga filem2 yang ber'style' kami the movie dan gol dan gincu. yang lain, sorry aku tolak tepi. drama lagilah aku malas nak layan.

tapi drama merah dan puteh ni agak lain daripada rata2 drama melayu yang ada di tv sekarang, umpamanya drama yang entah apa2 seperti spa q, cinta untuk ain, dan seangkatan dengannya.

sebenarnya, apa yang menjadikan drama2 tersebut low class dari pandangan mata aku ialah kelemahan skrip dan kualiti pelakon. rata2 skrip macam sampah. sangat cliche. bosan. cheesy. corny. yang membuatkan orang seperti aku selalu meluahkan kata2 seperti "adehh..." atau "nak muntah siot" atau "asal bodoh sangat cite ni?" dan sebagainya. pelakon pula. *mengeluh* balik2 muka sama. kalau pandai berlakon tak apalah.make up pula tebal tahap gaban. muka perempuan macam pontianak. yang lelaki pula macam bapuk.

anyway.

yang membuatkan aku lagi suka drama ni sebab MERAH lakonan zahiril adzim. sangat selamba. tak perlu action yang lebih2. kool. macam tengok realiti program. like diari af. ok aku tak tengok benda mengarut tu. aku pun tak tahu sejak bila aku minat mamat ni. aku tahu yang dia pernah berlakon dalam kami the movie. tapi masa tu aku tak acknowledge dia pun. haha. sengal. maybe lepas aku tengok dia baca puisi masa event bintang jatuh anjuran wani ardy. tak sangka pulak tajul yang gangster bagai nak rak boleh jadi pemuisi.





p/s: just in case if MERAH reads this, (well, i know it's quite a big possibility to be impossible) boy i tell you that you should try yasmin ahmad's style. trust me, your talent won't be wasted. buktinya, tengok filem talentime. tak perlu ada pelakon2 terkenal, lawa2, tapi lakonan mereka sangat berkesan. ok? *wink*

4 comments:

  1. u mmg gila la wawa..
    go MERAH go~~!!!!!

    ReplyDelete
  2. haha
    go go go
    merah merah merah
    puteh boley blah
    hahaha


    tapi tu la.. merah da tak kool skrg
    sedey..

    ReplyDelete
  3. mugiwara no luffy!!!!
    memang hensem...
    haha

    ReplyDelete