Wednesday, April 8, 2009

bila bosan

sekarang jam sudah pukul 5 pm
hati hendak baca math, mata mahu tidur,
otak mahu berhenti bekerja, tapi jantung masih rajin overtime
tangan gatal dengan keyboard, kaki gila menari
mulut terkunci rapat, telinga inginkan muzik

oh hati
tidak pernah berhenti vibrate
walau berkali-kali ku cuba silentkan
especially bila waktu exam
waktu mahu tanya soalan dalam kelas
waktu disoal mr eric
waktu ingin mula bicara dengan stranger
dan waktu lihat gene korea dan jepun

oh mata
meliar tidak tentu arah
selalu mencari manusia berambut seperti
yoshiki, top, reita, kim bum
manusia kool seperti
haruma, ikuta, teppei, hyun joong
manusia bersuara seperti
hyde, yasu, ruki, xiah

oh otak
kadang-kadang meluncur laju
kadang-kadang stuck dalam traffic
kadang-kadang kantoi disaman polis
kadang-kadang kebiru-biruan
..... er
silap, silap
kadang-kadang tenang seperti biru laut

oh jantung
berdegup bagai nak rak
pernah kufikir mahu saja kuhentikanmu
namun ku masih sayang diri
kerana Tuhan saja yang layak menyentuhmu

oh tangan
keletuk keletak 24 jam di keyboard
bila masa pegang pena
terus rebah sebelum berjuang
namun kau juga punca inspirasiku
dikala ku mahu mengenakan kawan ku
yang meroyan itu. haha

oh kaki
lately kau berbekas kemerahan
tatkala hati degil inginkan sepatu putih
yang membuatkan kau sesak
maafkan aku
kerana tanpamu, apalah harga sepatu putih itu
cinderella pun pandang sebelah mata saja

oh mulut
sangat sukar diramal
ada kala, kau terkunci, rapat
sampai beratus kunci pun tiada guna
namun ada kala
kau seperti popcorn yang tak berhenti-henti melompat
kerana kepanasan haba
haba yang membakar hati
tetapi mujur
kau masih sukakan kalimah Ilahi

oh telinga
selalu mendengar kata-kata tidak berasas
kerana diprovoke mulut mereka si durjana
selalu juga kau jadi mangsa acid black cherry dan big bang
tak mengapa sayang, it's worth it

sekarang jam sudah pukul 5.30 pm
dan aku bazirkan masaku dengan memblogging
kembalilah najwa
anggota-anggota mu menginginkan kau kembali
kepada satu khazanah yang tersadai di atas meja itu
oh math, here i come!

No comments:

Post a Comment