Friday, April 10, 2009

ketupat

kenapa perempuan suka buat ketupat? kerana perempuan lemah lembut. tidak menggunakan kekasaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah. tapi tidak lemah dan tidak lembut apabila menggunakan mulut.

perempuan tiada pilihan lain selain membuat ketupat apabila berasa tidak puas hati akan sesuatu perkara atau seseorang. bagi perempuan, mereka (or should i say kami) bimbang dan takut jika kami menyatakan perkara itu di hadapan manusia tersebut, manusia berkenaan akan terasa hati/kecil hati/sakit hati/marah/sedih dan sewaktu dengannya. kalau lelaki, mereka menggunakan alternatif tangan dan kaki. tapi perempuan tiada alternatif sedemikian.

oleh sebab itu, perempuan amat gemarkan ketupat, walaupun hari itu bukan hari raya aidilfitri mahupun aidiladha.

ya, walaupun ketupat sudah berbakul-bakul siap tetapi masalah itu belum juga selesai, bahkan mungkin bertambah teruk. tetapi, sekurang-kurangnya beban kami berkurangan, cuma dosa sahaja bertambah. mungkin dua, tiga kali ganda. mungkin.

pengajaran artikel ini ialah, janganlah kita mudah membuat keputusan untuk membuat ketupat, walaupun kita sangat sukakan ketupat, kalau dalam satu hari tak buat ketupat memang kena gastrik. oleh itu, untuk mengelakkan perempuan membuat ketupat overtime, kita hendaklah terima dengan seadanya apa yang seseorang itu khabarkan kepada kita, baik atau buruk.

ya, mungkin kita akan kecil hati/terasa hati/sakit hati/marah/sedih, tapi setidaknya kita tahu mereka juga merasakan perkara yang sama apabila mereka membuat keputusan untuk meluahkan perkara itu kepada kita.

dan lelaki di luar sana, jangan ingat perempuan sahaja gemarkan ketupat. lelaki pun tidak ada bezanya. malah kadang-kadang sampai satu lori.


*******CINTAILAH BAHASA MELAYU 'BAKU'/'ORIGINAL' KITA***********

gunakan bahasa baku, bahasa surat instead of bahasa pasar. kerana itu lebih bermakna. :)

2 comments: