
ok. di mana perlu aku mula.
sejujurnya, aku bukanlah jenis yang suka melayan cerita melayu. namun ada pihak2 yang berkecuali. kalau filem, aku hanya akan tengok cerita arahan
yasmin ahmad dan
afdlin shauki. dan mungkin juga filem2 yang ber'style'
kami the movie dan
gol dan gincu. yang lain, sorry aku tolak tepi. drama lagilah aku malas nak layan.
tapi drama
merah dan puteh ni agak lain daripada rata2 drama melayu yang ada di tv sekarang, umpamanya drama yang entah apa2 seperti
spa q,
cinta untuk ain, dan seangkatan dengannya.
sebenarnya, apa yang menjadikan drama2 tersebut low class dari pandangan mata aku ialah
kelemahan skrip dan
kualiti pelakon. rata2 skrip macam sampah. sangat cliche. bosan. cheesy. corny. yang membuatkan orang seperti aku selalu meluahkan kata2 seperti
"adehh..." atau
"nak muntah siot" atau
"asal bodoh sangat cite ni?" dan sebagainya. pelakon pula.
*mengeluh* balik2 muka sama. kalau pandai berlakon tak apalah.make up pula tebal tahap gaban. muka perempuan macam pontianak. yang lelaki pula macam bapuk.
anyway.
yang membuatkan aku lagi suka drama ni sebab
MERAH lakonan
zahiril adzim. sangat selamba. tak perlu action yang lebih2. kool. macam tengok realiti program. like diari af.
ok aku tak tengok benda mengarut tu. aku pun tak tahu sejak bila aku minat mamat ni. aku tahu yang dia pernah berlakon dalam kami the movie. tapi masa tu aku tak acknowledge dia pun. haha. sengal. maybe lepas aku tengok dia baca puisi masa event
bintang jatuh anjuran
wani ardy. tak sangka pulak
tajul yang gangster bagai nak rak boleh jadi pemuisi.




p/s: just in case if
MERAH reads this,
(well, i know it's quite a big possibility to be impossible) boy i tell you that you should try yasmin ahmad's style. trust me, your talent won't be wasted. buktinya, tengok filem talentime. tak perlu ada pelakon2 terkenal, lawa2, tapi lakonan mereka sangat berkesan. ok?
*wink*