Friday, December 24, 2010

yakusoku

istiqamah.

aku tak ada benda ni.

macam2 aku dah buat. susah betul nak dapat. sebab tu banyak perangai buruk yang masih tak berubah.

rasa malu. dengan tuhan. dengan malaikat yang tengah catit kiri kanan. eh tak. belah kiri je.

dan rasa malu dengan diri sendiri.

rasa macam nak kena rujuk dengan yang pakar. gila kronik bunyinya -_-".

24 disember/desember 2010 (aku selalu konfius dengan ejaan bulan 12 dalam BM).

apa hadiah yang aku bagi kali terakhir?

...

tak ada. cuma ucapan semata-mata. itu pun kira satu kemajuan. sebab sebelum ni sekadar ucapan dalam sms. tapi hari tu cakap dalam telefon.

...

dad, what do u want for this year's birthday?

me as a good person? i wish i can give u that.

but right now is quite impossible. because i just lost to satan just now.
yes. shame on me.

erm, ok. how about this dad.

this year, i want a wish instead. although it's your birthday.

i wish for u to always watching over me.
to remind me when i'm lost.
to give me strength when i'm giving up on life.
to forgive me, though i don't deserve to ask for it.
to wish me for every happiness. so that i can stop being an ass.

tanjoubi omedeto. it's unfortunate that u missed ur 56th birthday.

i wish nothing but peace for u in there. and i will, insyaALLAH, to not forget reciting yasin for u every friday. (but tonight cannot lah, girl's thing)

aitai.

Sunday, December 19, 2010

coming out of the closet


aku tak ada masalah dengan status seksual dia. because i believe dia tak memilih untuk jadi gay ever since he was born. and unfortunate for him sebab timbul perasaan macam tu dalam hati dia.

oke.

tapi aku ada masalah bila dia announce satu dunia. encik, kau tak fikir keluarga ke? selfish.


unless kau hidup sebatang kara. or family kau support confession kau kat skrin petak tu. then suka hati kau lah.

Thursday, December 9, 2010

kawan sampai mati.

haaaaahh..

esok final exam. tapi macam biasa buat rilek je haha.

anyway.

selalu kan, kalau aku usha2 profile orang ke, baca post kat blog dia ke, akan ada part yang cakap camni :

hi.
saya si polan si polan.
i'm a simple girl/boy. sometimes boring.
i don't like orang hipokrit, penipu, tak beriman, mulut bising, sombong, berfikiran sempit, suka tengok cerita adnan sempit blablabla.

hmm.. dulu aku pun pernah tulis benda2 alah ni. tapi bila pikir2 balik kan, bagus sangat ke kau tu sampai nak memilih2 orang ni. perfek sangat ke kau tu yang kau nak letak golongan2 yang kau sebut tu kat bawah kaki kau.

bagi aku la, perangai manusia ni berubah2. sekejap kau jadi baik, sekejap kau jadi setan.
sekejap iman kau naik mengalahkan imam muda, sekejap kau jadi tak ubah macam kutu langau tepi jalan.
so kalau kau dah dapat kawan yang kononnya ideal, yang tak termasuk dalam list2 kau tu, kau jamin ke yang he or she won't turn into one of those scums?
lepas tu bila dia jadi macam tu, kau nak putus kawan? sebab tak memenuhi syarat2 teman sejati kau?

murahnya istilah kawan tu kan.

orang kata kawan nak buat lepak, nak gelak2, berduyun2 datang. tapi bila kau dapat ujian daripada tuhan sikit je, semuanya lesap macam pelesit.

aku tak pernah argue about this, never even slightest i took it lightly. sebab aku tau benda ni betul. dah ketepek atas muka banyak kali dah. sebab tu aku tak pernah expect too much from anyone. aku kawan sama rata. tak ada yang kamcing gila2. sebab aku jenis yang cepat kecewa kalau pasal relationship. istilah backstabber tu dah lali aku dengar kat mana2.

tapi bukan la maksudnya aku tak percaya orang. i'm just trying to be careful. at least for now.

ramai orang tak boleh hidup tanpa kawan. betul ke? apa istilah kawan tu sebenarnya?

aku rasa majoriti orang perlukan teman. bukan kawan.

teman ialah someone yang kau perlu sentiasa ada untuk make sure kau tak jadi lone ranger. kau perlukan teman nak pergi tengok wayang. nak pergi makan. buat assignments. gosip. lepak. tidur lambak.

tapi kawan, tak semestinya perlu buat semua tu. dia tak perlu ada dekat dengan kau pun. dia hanya perlu dengar. share opinion. bagi nasihat.

eh, macam kaunselor je? aa..lebih kurang la kot.

so hakikatnya aku sendiri pun tak tau istilah sebenar kawan tu. setiap orang lain2 kot perception dia.

tapi bagi aku, kalau boleh jumpa kan, kalau aku layak kan, aku tak mintak lebih pun dari orang tu.

cukup kalau dia boleh sentiasa ingatkan aku yang hidup kat dunia ni sekejap je.

Wednesday, November 24, 2010

cuba untuk berpijak di bumi yang nyata

what the hell happened the last 18 and a half years of my life?

Monday, November 15, 2010

jawapan standard



"Rebecca Nur Islam hanya nama yang diberi oleh ayah saya sejak dilahirkan"

"kenapa saya nak menutup aurat sedangkan itu bukan saya"

"alhamdulillah family saya support saya"

"mungkin satu hari nanti saya pakai tudung"

akak. baik tak payah bukak mulut. serious.

are we that ignorant?


dah tak mampu nak kutuk. cuma mintak Tuhan tak jadikan aku dan keturunanku macam mereka.

Sunday, November 7, 2010

sajak emo

tuding jari pada Tuhan

credit to cursingmalay

Ada orang kata,
Bila kita sakit,
Itu tanda Tuhan sayang,
Dia nak ingatkan kita.

Ada juga orang kata,
Bila negara kena timpa bala,
Tu tanda Tuhan sayang kat negara,
Mungkin dah lama sangat lupa dia.

Memang senang nak kata,
Bila ada bencana,
Ramai tunjuk jari kat Tuhan,
Kata tu semua Tuhan punya kuasa.

Tuhan punya kuasa,
Cipta dunia,cipta kita,
Serba serbi lengkap tercipta,
Tak ada benda yang tak sempurna.

Tuding jari kata Tuhan punya kerja,
Bagi turun bala,turun bencana,
Memanglah Tuhan bagi turun bala,
Kau ubah dunia Dia buat apa?

Sungai dah elok-elok ada,
Kau pusing ke arah lain,
Tanah dah elok ada,
Kau korek buat tasik.

Tuhan dah cipta dunia,
Lengkap sempurna,
Kau pegi ubah kenapa?
Sebab Tuhan ke kau ditimpa bala?

Kenapa tak tanya diri sendiri,
Habis tanah semua terokai,
Asalkan duit ke poket sendiri,
Bila banjir kata kuasa semulajadi.

Kepala hotak kau kuasa semulajadi.
Kau dah lupa Tuhan dah cipta dunia sempurna hakiki?
Semua benda mesti ada sebab terjadi,
Tak kisahlah banjir atau gunung berapi.

Semua benda kata bencana semulajadi,,
Apa yang semulajadi kalau air sungai tak berlalu pergi?
Tak malu ke kita manusia ciptaan,
Setiap masa,kena bencana,tuding jari,salahkan Tuhan?

Sunday, October 24, 2010

manusia gila

susah kalau niat baik dipersetankan.

pernah tak, bila kau nak tolong orang tu, niat kau baik, tapi kau pulak dianiaya.

orang tu buat salah, jadi kau nak betulkan dia. tapi yang silapnya cara kau salah. tapi tu sebab kau tak tau nak buat apa. duduk diam tak boleh. nak buat sesuatu pun dungu fikiran.

alih-alih kau berdepan dengan dia. orang lain pun masuk campur. tapi dia buat muka tak bersalah. dikatakan kau menuduh dia. memfitnah dia. tanpa sebarang bukti. ya, memang kau tak ada bukti. tapi kau yakin 100% dengan apa yang kau percaya. dan dia pun sebenarnya tak membuktikan yang kau tu salah. malah dia cuba putarbelitkan keadaan. menjadikan kau seorang yang sangat jahat di mata orang lain. dan dia, menangis menagih simpati. yang kononnya dia tak tahu apa-apa.

jadi dalam situasi itu, kau kalah. dia menang. di mata orang lain.
walaupun hakikatnya akhirat nanti kau menang. dia yang tanggung dosa.

hipokritnya manusia.

kepada engkau. ya, engkau. aku tau aku akan berdosa dengan apa yang aku akan cakap ni. dengan orang lain aku boleh nak consider, tapi dengan kau beb, adalah satu exception, yang mana :


AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU SAMPAI AKHIRAT ATAS APA YANG KAU BUAT KAT AKU DAN KAWAN AKU. KERANA KAU MANUSIA YANG PALING DAJAL PERNAH AKU JUMPA.

dan "because i'm a good hacker" adalah statement paling gay pernah aku dengar.