Wednesday, November 24, 2010

cuba untuk berpijak di bumi yang nyata

what the hell happened the last 18 and a half years of my life?

Monday, November 15, 2010

jawapan standard



"Rebecca Nur Islam hanya nama yang diberi oleh ayah saya sejak dilahirkan"

"kenapa saya nak menutup aurat sedangkan itu bukan saya"

"alhamdulillah family saya support saya"

"mungkin satu hari nanti saya pakai tudung"

akak. baik tak payah bukak mulut. serious.

are we that ignorant?


dah tak mampu nak kutuk. cuma mintak Tuhan tak jadikan aku dan keturunanku macam mereka.

Sunday, November 7, 2010

sajak emo

tuding jari pada Tuhan

credit to cursingmalay

Ada orang kata,
Bila kita sakit,
Itu tanda Tuhan sayang,
Dia nak ingatkan kita.

Ada juga orang kata,
Bila negara kena timpa bala,
Tu tanda Tuhan sayang kat negara,
Mungkin dah lama sangat lupa dia.

Memang senang nak kata,
Bila ada bencana,
Ramai tunjuk jari kat Tuhan,
Kata tu semua Tuhan punya kuasa.

Tuhan punya kuasa,
Cipta dunia,cipta kita,
Serba serbi lengkap tercipta,
Tak ada benda yang tak sempurna.

Tuding jari kata Tuhan punya kerja,
Bagi turun bala,turun bencana,
Memanglah Tuhan bagi turun bala,
Kau ubah dunia Dia buat apa?

Sungai dah elok-elok ada,
Kau pusing ke arah lain,
Tanah dah elok ada,
Kau korek buat tasik.

Tuhan dah cipta dunia,
Lengkap sempurna,
Kau pegi ubah kenapa?
Sebab Tuhan ke kau ditimpa bala?

Kenapa tak tanya diri sendiri,
Habis tanah semua terokai,
Asalkan duit ke poket sendiri,
Bila banjir kata kuasa semulajadi.

Kepala hotak kau kuasa semulajadi.
Kau dah lupa Tuhan dah cipta dunia sempurna hakiki?
Semua benda mesti ada sebab terjadi,
Tak kisahlah banjir atau gunung berapi.

Semua benda kata bencana semulajadi,,
Apa yang semulajadi kalau air sungai tak berlalu pergi?
Tak malu ke kita manusia ciptaan,
Setiap masa,kena bencana,tuding jari,salahkan Tuhan?

Sunday, October 24, 2010

manusia gila

susah kalau niat baik dipersetankan.

pernah tak, bila kau nak tolong orang tu, niat kau baik, tapi kau pulak dianiaya.

orang tu buat salah, jadi kau nak betulkan dia. tapi yang silapnya cara kau salah. tapi tu sebab kau tak tau nak buat apa. duduk diam tak boleh. nak buat sesuatu pun dungu fikiran.

alih-alih kau berdepan dengan dia. orang lain pun masuk campur. tapi dia buat muka tak bersalah. dikatakan kau menuduh dia. memfitnah dia. tanpa sebarang bukti. ya, memang kau tak ada bukti. tapi kau yakin 100% dengan apa yang kau percaya. dan dia pun sebenarnya tak membuktikan yang kau tu salah. malah dia cuba putarbelitkan keadaan. menjadikan kau seorang yang sangat jahat di mata orang lain. dan dia, menangis menagih simpati. yang kononnya dia tak tahu apa-apa.

jadi dalam situasi itu, kau kalah. dia menang. di mata orang lain.
walaupun hakikatnya akhirat nanti kau menang. dia yang tanggung dosa.

hipokritnya manusia.

kepada engkau. ya, engkau. aku tau aku akan berdosa dengan apa yang aku akan cakap ni. dengan orang lain aku boleh nak consider, tapi dengan kau beb, adalah satu exception, yang mana :


AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU SAMPAI AKHIRAT ATAS APA YANG KAU BUAT KAT AKU DAN KAWAN AKU. KERANA KAU MANUSIA YANG PALING DAJAL PERNAH AKU JUMPA.

dan "because i'm a good hacker" adalah statement paling gay pernah aku dengar.

Sunday, October 17, 2010

tak boleh tidur

YE SAYA DAH LAMA TAHU YANG SAYA SANGAT EGO.

so jangan hentam saya. tapi cuba ubah saya.

oke?

Saturday, October 16, 2010

RIDIC


kadang2 bila naik kereta ke, bas ke, aku selalu imagine what happen kalau kereta ni crash? it's like, i want that accident to happen. i want to experience how does it feels like. it may sounds crazy since i'm asking for death, tapi.. aa.. tu lah. i don't even know why. perhaps my life has been dull and boring lately so i want that kind of incident to happen, see whether it changes my life somehow.

o well, kalau dah accident then patah sana sini of course la life berubah kan. mati terus langsung la habis life tu.

p/s : may God bless the souls involved in 10.10.10 tragedy.

Monday, October 4, 2010

old school

suddenly teringat Aerosmith.




and Bon Jovi