Monday, January 24, 2011

So Malaysian

if it applies to u, then you are SO MALAYSIAN
  • time skolah klau bdak perempuan mesti gi toilet 5 kali sehari nak betulkan tudung/rambut.pastu skali pegi 3-4 org
  • bila mls cr brg mst ckp "mak takde pun!" "kau mak naik mak jumpe, siap kau!" "dah jumpaaaaaaaaaaa!!"
  • dulu nak sgt habis skola. dah habis skola sebok ckp ckp rindu skola.
  • Buat karangan tapi terikut bahasa komik
  • Bila lepak ramai2 semua pegang phone + ipad. Serupa tak payah lepak
  • Duduk kat Kampung Pisang, Kampung Tembikai tapi dalam facebook cakap duduk kat Kuala Lumpur
  • Pakai baju Polo tiruan, kolar naik atas
  • Eraser panggil rubber
  • "Warghh, aku dah gemok!!". "Bape kilo skrg?". "50kg". "Dulu?". "49kg".
  • Selalu berangan, "Dah keje nanti, aku nak kumpul duit, pegi Korea".
  • Nama pelakon Korea hafal, nama menteri kabinet haram tak kenal
  • Minat sgt cite Korea, fahamnya tidak
  • Ikut duty roster kena sapu sampah, tapi x pernah buat
  • Dalam kelas mesti nak duduk bawah kipas
  • Mak marah suruh study. Masuk bilik buat2 study tapi baca komik.
  • Mengajuk cakap cikgu kalau tak suka dia
  • "Jemput makan...". Padahal ajak2 ayam je
  • Luka la kat mane2 pun, skit ke, trok ke, sume.. "Ltak minyak gamat!"
  • buat kapal terbang kertas pastu tiup kat blakang baru baling terbangkan...
  • Kat kedai buah, "Nak rasa boleh?". Lepas rasa tak beli.
  • Sikit2 tekan Info kat remote Astro
  • "Kalau lambat mak tinggal". Tapi mak x pernah tinggalkan pun.
  • Tukar channel Astro setiap 5 minit.
  • Main pusing2 pen/pensil kat ibu jari
  • "Kpd Yg Berbahagia, Tuan Pengetua, Yg Dihormati, Penolong Kanan"... Ahhh...bosan...
  • Tak reti pakai kain batik
  • Bila weekend, pukul 2 petang baru nak mandi
  • Masukkan lead pensil tekan2 dari bawah
  • Kat Giant/Tesco, bila mak ayah x nampak, letak barang yg kita suka dalam troli
  • Gosok gigi pagi2 mesti ada bunyi "Uwek..uwek.." mcm nak muntah
  • Belum tau result PMR/SPM dah mintak macam2 dgn mak ayah
  • Mintak maaf dgn mak ayah time raya je. Menangis bagai. Hari esoknya melawan lagi.
  • We call it Pampers even it's Huggies, Drypers etc
  • pergi KLCC or Pavi beli tshirt Zara or Topman.then tangkap gambar paperbag post kat FB.ramai dah buat camtu
  • Sit near starbucks just to 'borrow' the wifi
  • Don't care its Mamee, Cintan etc, we still call it Maggi
  • We use n say Colgate, even though it is Darlie or Fresh & White.
  • When shopping for groceries, its either Giant or Tesco
  • Se~~la~~mat~~ pa~~gi~~ cik~~guu . tak pernah pon ucap dgn pantas.
  • time perhimpunan sekolah rendah, masa beratur cikgu mesti kata "angkat, jatuh, angkat, jatuh, jatuh, angkat"
  • Pergi toilet nak kena berteman
  • lepas mkn gula2 suka selit sampah kt lubang2 yg kecik, pastu wt muka bodo n x bersalah
  • Makan nasi lauk Sardin pun sedap
  • telur goreng makan dengan kicap..
  • "Makcik, nanti sambal kasi lebih ye". Suruh bayar lebih tau pulak marah.
  • Pergi genting je, tapi pakai macam nak pergi kutub utara.
  • Berlagak bwk kereta time amik result spm
  • Kelam kabut x senang duduk bila org kata "Tudung kau senget la"
  • Air dah habis. Main gigit2 ais pulak
  • bila sorg laki nk try awek, awal2 msg msti, "u msg2 I ni, bf u x mrh ke??" padahal dah tau awek tu single
  • Bila Kelas tgh bising then ade budak ckp "wei ada guru besar lalu!" semua cpt2 duduk tmpat masing2 & bukak buku.
  • "Wei, dia kem salam kt ko". "Ah, benci, aku x minat ah dia". Padahal dlm hati excited gile
  • Favourite Aiskrim Malaysia Seposen masa kecil - Aiskrim Milo dan Aiskrim Asam Boi
  • Pegi rumah org then org tu nak pegi buat air mula lah ckp "tak payah lah susah2.." tp dlm hati "hmm bagus gak kering tekak ni"
  • Depan member kutuk2 justin bieber, balik rumah tengok YouTube lagu "Baby...baby..baby oohh" siap ulang2.
  • Pergi Ikea tapi tak beli apa2 sbb xde duit
  • Drink Vitagen little by little, afraid it finished fast
  • masa kahwin masuk nona, bila dah cerai masuk melodi
  • When we don't have money, we eat Maggi
  • Still prefer Gardenia bread above all
  • klau tgk cite melayu n ade subtitle english pn mesti nk baca gak
  • 'assalamualaikum, tak jawap berdosa' pickup line paling hampeh nak mengorat awek
banyak lagi lah. malas nk taruk sini.

Friday, December 24, 2010

yakusoku

istiqamah.

aku tak ada benda ni.

macam2 aku dah buat. susah betul nak dapat. sebab tu banyak perangai buruk yang masih tak berubah.

rasa malu. dengan tuhan. dengan malaikat yang tengah catit kiri kanan. eh tak. belah kiri je.

dan rasa malu dengan diri sendiri.

rasa macam nak kena rujuk dengan yang pakar. gila kronik bunyinya -_-".

24 disember/desember 2010 (aku selalu konfius dengan ejaan bulan 12 dalam BM).

apa hadiah yang aku bagi kali terakhir?

...

tak ada. cuma ucapan semata-mata. itu pun kira satu kemajuan. sebab sebelum ni sekadar ucapan dalam sms. tapi hari tu cakap dalam telefon.

...

dad, what do u want for this year's birthday?

me as a good person? i wish i can give u that.

but right now is quite impossible. because i just lost to satan just now.
yes. shame on me.

erm, ok. how about this dad.

this year, i want a wish instead. although it's your birthday.

i wish for u to always watching over me.
to remind me when i'm lost.
to give me strength when i'm giving up on life.
to forgive me, though i don't deserve to ask for it.
to wish me for every happiness. so that i can stop being an ass.

tanjoubi omedeto. it's unfortunate that u missed ur 56th birthday.

i wish nothing but peace for u in there. and i will, insyaALLAH, to not forget reciting yasin for u every friday. (but tonight cannot lah, girl's thing)

aitai.

Sunday, December 19, 2010

coming out of the closet


aku tak ada masalah dengan status seksual dia. because i believe dia tak memilih untuk jadi gay ever since he was born. and unfortunate for him sebab timbul perasaan macam tu dalam hati dia.

oke.

tapi aku ada masalah bila dia announce satu dunia. encik, kau tak fikir keluarga ke? selfish.


unless kau hidup sebatang kara. or family kau support confession kau kat skrin petak tu. then suka hati kau lah.

Thursday, December 9, 2010

kawan sampai mati.

haaaaahh..

esok final exam. tapi macam biasa buat rilek je haha.

anyway.

selalu kan, kalau aku usha2 profile orang ke, baca post kat blog dia ke, akan ada part yang cakap camni :

hi.
saya si polan si polan.
i'm a simple girl/boy. sometimes boring.
i don't like orang hipokrit, penipu, tak beriman, mulut bising, sombong, berfikiran sempit, suka tengok cerita adnan sempit blablabla.

hmm.. dulu aku pun pernah tulis benda2 alah ni. tapi bila pikir2 balik kan, bagus sangat ke kau tu sampai nak memilih2 orang ni. perfek sangat ke kau tu yang kau nak letak golongan2 yang kau sebut tu kat bawah kaki kau.

bagi aku la, perangai manusia ni berubah2. sekejap kau jadi baik, sekejap kau jadi setan.
sekejap iman kau naik mengalahkan imam muda, sekejap kau jadi tak ubah macam kutu langau tepi jalan.
so kalau kau dah dapat kawan yang kononnya ideal, yang tak termasuk dalam list2 kau tu, kau jamin ke yang he or she won't turn into one of those scums?
lepas tu bila dia jadi macam tu, kau nak putus kawan? sebab tak memenuhi syarat2 teman sejati kau?

murahnya istilah kawan tu kan.

orang kata kawan nak buat lepak, nak gelak2, berduyun2 datang. tapi bila kau dapat ujian daripada tuhan sikit je, semuanya lesap macam pelesit.

aku tak pernah argue about this, never even slightest i took it lightly. sebab aku tau benda ni betul. dah ketepek atas muka banyak kali dah. sebab tu aku tak pernah expect too much from anyone. aku kawan sama rata. tak ada yang kamcing gila2. sebab aku jenis yang cepat kecewa kalau pasal relationship. istilah backstabber tu dah lali aku dengar kat mana2.

tapi bukan la maksudnya aku tak percaya orang. i'm just trying to be careful. at least for now.

ramai orang tak boleh hidup tanpa kawan. betul ke? apa istilah kawan tu sebenarnya?

aku rasa majoriti orang perlukan teman. bukan kawan.

teman ialah someone yang kau perlu sentiasa ada untuk make sure kau tak jadi lone ranger. kau perlukan teman nak pergi tengok wayang. nak pergi makan. buat assignments. gosip. lepak. tidur lambak.

tapi kawan, tak semestinya perlu buat semua tu. dia tak perlu ada dekat dengan kau pun. dia hanya perlu dengar. share opinion. bagi nasihat.

eh, macam kaunselor je? aa..lebih kurang la kot.

so hakikatnya aku sendiri pun tak tau istilah sebenar kawan tu. setiap orang lain2 kot perception dia.

tapi bagi aku, kalau boleh jumpa kan, kalau aku layak kan, aku tak mintak lebih pun dari orang tu.

cukup kalau dia boleh sentiasa ingatkan aku yang hidup kat dunia ni sekejap je.

Wednesday, November 24, 2010

cuba untuk berpijak di bumi yang nyata

what the hell happened the last 18 and a half years of my life?

Monday, November 15, 2010

jawapan standard



"Rebecca Nur Islam hanya nama yang diberi oleh ayah saya sejak dilahirkan"

"kenapa saya nak menutup aurat sedangkan itu bukan saya"

"alhamdulillah family saya support saya"

"mungkin satu hari nanti saya pakai tudung"

akak. baik tak payah bukak mulut. serious.

are we that ignorant?


dah tak mampu nak kutuk. cuma mintak Tuhan tak jadikan aku dan keturunanku macam mereka.

Sunday, November 7, 2010

sajak emo

tuding jari pada Tuhan

credit to cursingmalay

Ada orang kata,
Bila kita sakit,
Itu tanda Tuhan sayang,
Dia nak ingatkan kita.

Ada juga orang kata,
Bila negara kena timpa bala,
Tu tanda Tuhan sayang kat negara,
Mungkin dah lama sangat lupa dia.

Memang senang nak kata,
Bila ada bencana,
Ramai tunjuk jari kat Tuhan,
Kata tu semua Tuhan punya kuasa.

Tuhan punya kuasa,
Cipta dunia,cipta kita,
Serba serbi lengkap tercipta,
Tak ada benda yang tak sempurna.

Tuding jari kata Tuhan punya kerja,
Bagi turun bala,turun bencana,
Memanglah Tuhan bagi turun bala,
Kau ubah dunia Dia buat apa?

Sungai dah elok-elok ada,
Kau pusing ke arah lain,
Tanah dah elok ada,
Kau korek buat tasik.

Tuhan dah cipta dunia,
Lengkap sempurna,
Kau pegi ubah kenapa?
Sebab Tuhan ke kau ditimpa bala?

Kenapa tak tanya diri sendiri,
Habis tanah semua terokai,
Asalkan duit ke poket sendiri,
Bila banjir kata kuasa semulajadi.

Kepala hotak kau kuasa semulajadi.
Kau dah lupa Tuhan dah cipta dunia sempurna hakiki?
Semua benda mesti ada sebab terjadi,
Tak kisahlah banjir atau gunung berapi.

Semua benda kata bencana semulajadi,,
Apa yang semulajadi kalau air sungai tak berlalu pergi?
Tak malu ke kita manusia ciptaan,
Setiap masa,kena bencana,tuding jari,salahkan Tuhan?